Monday, May 16, 2011

I need loan for car..how?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..huh dh lame x update blog..

Alhamdulillah tamat sudah pengajian selama 5 tahun dibawah bumbung Fakulti Perubatan UKM...byk suke duke terpahat dalam memori sepanjang 5 tahun ni..syukur alhamdulillah ya Allah kerana di medan ni saya jumpa sahabat, kawan dan rakan..saya jumpa pendidik, guru dan cikgu..jumpa client, patient, pesakit dan berpenyakit..

Cuti yg telah puas di isi..hehe seronok gak..merata dh p cuti nih..perak, kedah, penang, kuala selangor, dan sarawak...dok rumah feel like heaven la..makan ape aje, bile2 masa..huhu terseksa perut gue...habis musim nenas masuk musim tembikai skarang musim mempelam...hahaha buah teman baik perut ku...

Dikala cuti panjang ni buat saya pikir lebih panjang..huhu tul ke aku ni nak duk Sabah?em..ape nk prepare p sana..em..ni cite lain..hehe

Back to main topic...nak cite pasal hikayat orang dewasa..hehe..layan je k

Hakikat hidup baru yg bakal bermula iaitu alam pekerjaan menuntut saya dan org yg seangkatan dgnsaya memiliki sebuah kenderaan untuk bergerak ke tempat kerja dan tempat me"release"kan tension bekerja..hehehe

Bab nk pilih kete ape tu adalah pilihan sendiri ikut citarasa masing-masing..kat sini saya nk britau pasal loan pemilikan kenderaan..hehe

hmm..baru vs terpakai, local vs import, kecik vs besar, proton vs produa, kuasa kuda vs kuasa tenuk, hitam vs putih ni kite kn pk sendiri..tanya pandangan family dan rakan2.

Procedure nk beli kete skrg amat mudah..skrg siap ad promosi 100% loan mean with 0% downpayment/ bayaran duit muka...hanya dengan menggunakan surat tawaran yg kite dpt tuh boleh mohon loan tuk beli kete...hmmm..menarik x?

SKIM "KERETA PERTAMAKU" KHUSUS LEPASAN IJAZAH / DIPLOMA, PEMBIAYAAN PINJAMAN 100%, HANYA DGN SURAT TAWARAN KERJA LAYAK BELI KERETA IMPIAN ANDA! PEMBIAYAAN ISLAMIC LOAN DENGAN USAHA SAMA DARI CIMB Islamik, Bank Rakyat, Affin islamik, & RHB Islamik Banking

source : http://my.88db.com/Buy-Sell/Automotive-Accessories/ad-170466/

Justeru dalam membuat pinjaman, kite sbg umat islam yg bertaqwa dituntut menggunakan khidmat bank2 islamik yg sedang hangat dipasaran..hehehe

so nak pinjam ngan bank ape yep? yg mn ikut syariah?

jawapannyer mn2 bank pun ok asal ikut syariah..hahaha cam x jwb soklan kan..

asal bank tu patuh syariah ok la contohnyer...sila rujuk link kat bawah ye kawan2..

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=banking&type=IB&lang=bm

Untuk pengetahuan kawan2, kalu ikut cara bank konvensional yg x patuh syariah tu..kite dianggap membuat pinjaman wang dr mereka tuk beli kete yg mahal yg x mampu kite beli cash tuh..so mereka kenakan interest a.k.a bunga tuk pinjaman tuh..yg bulan2 kite akan byr tuh..so hrga kete akan jd makin mahal kalu loan lg lama n kite x byr muka/pendahuluan hrg kete...so ini dikira riba dalam islam..hukumnyer HARAM

Berlainan pulak ngan bank patuh syariah/bank ISLAM..kite x dianggap wat pinjaman tp mereka yg bg pembiyaan kpd kite melalui 2 konsep:

1.Murabahah

Iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara ansuran.

Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada bank kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka.

2.konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai' iaitu "sewaan yang ditamatkan dengan jualan"

Proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda, dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus.

*ad jgk konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta..tp org x brp fhm sikit yg ni..yg faham hrp dpt share..

pastu..kete nih mmg fragile..mudah cedera.angkara sikap diri dan org lain...hehehe

so kete kn pakai pelindung a.k.a insuran...ni mesti korang dh tau..insuran=HARAM tp takaful=HALAL..so nnt kene beli roadtax+pelindung...so pilih la takaful...

Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki.

Kebiasaannya, penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak.

Jika mereka kata 'tak boleh', anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan.

source :

http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/573-beli-kereta-cara-islam-tapi-insuran-terpaksa-haram.html

Hope kite lebih faham dan berani nk beli kete pasni dan tidak mudah tertipu...wang adalah rezeki, pengurusan wang adalah amanah rezeki

ha..xdilupakan jugak kawan2..konsep yg same juga akan digunakan bile korang nk beli rumah nnt..kn wat loan jgk..pilih bank yang patuh syari'e jgk tau..

dikala org tgh hangat pasal isu my 1st house scheme ni...sy mengakui x layak dan redha je la...

tp nk di ingatkan yg rumah adalah aset yg berharga..harga melambung saban hari tatkala pertambahan penduduk makin mendadak yg menciputkan tanah..so kalu beli umah awl2 harga murah sikit berbanding 10thn akan datang bile mn org ramai duk atas rumah org lain...hehehee

sekian wassalam...