Tuesday, December 7, 2010

Ayat2 cara nk present sebaceous cyst

EXAMINATION OF SEBACEOUS CYST:


INSTRUCTION: EXAMINE THIS LUMP.


TO PATIENT:

HELLO MR.JOHN MY NAME IS DR. AISHAH B. HOW ARE YOU FEELING TODAY? REPLY ACCORDINGLY.


MAY I PLEASE EXAMINE YOU? THANK YOU.


LET ME JUST DRAW THE CURTAINS TO ENSURE PRIVACY. I HAVE ALREADY WASHED MY HANDS.


COULD YOU PLEASE SIT ON THIS CHAIR AWAY FROM THE WALL WITH THE BUTTONS OF YOUR SHIRT UNDONE?


ARE YOU CONFORTABLE SIR?


DO YOU MIND IF I TALK ABOUT YOU TO THE EXAMINERS AS I GO ALONG?


I AM JUST GOING TO HAVE A LOOK FIRST OF ALL.


ACT:

LOOK CLOSELY AT THE LUMP AND SAY..TO EXAMINER:


THERE IS IN THIS GENTLEMAN, ON INSPECTION A SMALL LUMP ON THE RIGHT SCALP WHICH IS ABOUT 3 BY 2 CMS IN SIZE. IT IS SPHERICAL IN SHAPE. THERE IS/ IS NO EVIDENCE OF PUNCTUM, SCAR, REDNESS, HAIRLOSS OR DISCHARGE IN THE OVERLYING SKIN AND THE SURROUNDING SKIN APPEARS TO BE NORMAL.


TO PATIENT:

I AM NOW GOING TO GENTLY FEEL THE LUMP. DOES IT HURT AT ALL? I WILL BE VERY GENTLE.


TO EXAMINER:

THE OVERLYING SKIN IS NOT WARM (COMPARE WITH SURROUNDING SKIN). IT IS A NON TENDER LUMP (LOOK AT PATIENTS FACE AND ALSO ASK PATIENT IF IT HURTS WHEN I TOUCH YOU HERE) WITH A SMOOTH SURFACE AND WELL DEFINED EDGE. IT IS HARD IN CONSISTENCY AND IS NON FLUCTUANT (CHECK IN TWO PLANES).


TO PATIENT:

I AM NOW GOING TO MOVE THE SKIN OVER THE LUMP AND ALSO MOVE THE LUMP IN TWO PLANES.


TO EXAMINER:

THE LUMP MOVES WITH THE SKIN FREELY OVER THE UNDERLYING STRUCTURES HENCE IT ARISES FROM THE SKIN. IT IS NEITHER TETHERED NOR FIXED.


TO PATIENT:

I AM JUST GOING TO FEEL THE LYMPH GLANDS IN YOUR NECK. JUST BEND YOUR NECK SLIGHTLY PLEASE.


ACT:

FEEL BOTH HORIZONTAL AND VERTICAL CHAIN OF LYMPH NODES.

Monday, December 6, 2010

Pemurahnya Dia

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi, dan dengan asakan yang bertubi-tubi dari seorang teman..akhirnya daku menulis lagi..

Bersempena Ma'al Hijrah..daku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada diri sendiri dan pembaca sekalian yg seagama denganku..ISLAM yang tercinta..

Ingin daku kongsikan disini maksud doa akhir dan awal tahun. Doa-doa ini sangat menusuk kalbu diri hamba-Mu yang lemah lagi daif ini..

Doa Akhir Tahun, maksudnya :

Dengan nama ALLAH yang amat pemurah lagi amat penyayang,


segala puji-pujian itu tertentu bagi ALLAH seru sekalian alam,


selawat dan salam keatas penghulu sekalian Rasul dan keatas keluarganya dan sahabatnyasekalian.


Ya ALLAH,

Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah-lembut keatas kami walaupun Engkau berkuasa menyiksa kami, malah Engkau memberi peluang suaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat keatas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami



dan


apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai tuhan yang mulia.


Amin..



Doa Awal Tahun, maksudnya :

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang,


segala puji-pujian itu bagi ALLAH pentadbir sekalian alam,


selawat dan salam keatas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan diatas keluarganya dan para sahabat sekalian.



Ya ALLAH,

Engkaulau yang kekal, qadim lagi azali dan diatas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya syaitan-syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya, dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan diatas nafsu yang banyak mendorang kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang dapat mendekatkan diri kami kepada Engkau.




Ya ALLAH tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.



Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.



Amin...



Sungguh amat pemurah ALLAH, tuhan yang 1 yang tiada yang lain selain dari Dia untuk kita menyembahkan diri..

Betapa Allah tahu banyaknya dosa kita yang tidak terhapus..justeru banyak jalan yang diberikan-Nya untuk kita menebus dosa-dosa yang lalu..ayuh teman-teman rebut peluang dan kesempatan yang masih diberikan sebelum terlambat..


Salam maal hijrah

Monday, June 7, 2010

Final Year

Alhamdulillah...

Hari ni bermulanya 1st day posting final year iaitu O&G..seronok x??

Seriously cuak giler..first day jumpa supervisor dah kene demonstrate PE gravid uterus...ape lagi dipagi hari yang penuh semangat dah kene marah-marah oleh supervisor yang wat-wat garang..hehe nk sedapkan hati..nasib baik masih mampu tersengih waktu kene sembur tu..pastu kene cover bed..grand ward round hari-hari..pape pun akan ku cuba optimis seoptimumnya..come on semangat2x..

..Meningkatnya usia harusnya sejajar dengan kematangan fikiran, jua tidak akan lari dengan pertambahan bebanan tanggungjawab yang harus dipikul..berbahagia dan tabahlah duhai insan yang sedang dewasa..

Monday, May 10, 2010

Wanita Angin



Wanita yang lahir dalam zodiak gemini (22 mei-21 jun), libra (24 sep-23 okt), aquarius (21 jan-19 feb)

1. Berterus-terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan

2. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

3. Bergaya(yeke???), tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.

4. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

5. Kurang cenderung untuk meyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati.

6. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul(harapnya cinta kepada Rabb melebihi segalanya), untuk berkonfrantasi(org pn kurang faham part ni)

7. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja(ni x sure..no comment)


p/s: hakikatnya kite perlu tahu kelemahan diri supaya ianya dapat diperbaiki manakala dengan mengetahui kelebihan diri kita dapat mengembangkan potensi diri ketahap optimum..

Duhai Insan

Berikan sepenuh kasih sayang
kepada kedua ibubapa,
kerana mereka adalah pemegang
tali penghubung nyawa
ketika kamu meningkat dewasa,
kasih mereka terhadap
anak adalah kasih dari
titisan air mata dan keringat
yang tidak mungkin terbalas.

Kasihi keluargamu,
kerana mereka adalah
insan yang paling rapat
dalam hidupmu dan tidak mungkin
dapat dipisahkn dengan apa jua pun,
bagai dicincang air yang tidak akan putus.

Berbudi luhur dan
beramah mesra dengan
jiran tetangga, kerana mereka
adalah sebahagian dari
keluarga kamu.

Dari itu,
sayangkan dirimu,
cintai Allah dan kasihi
akan Rasul-Nya,
kerana tidak dijadikan
kekasih-Nya,Muhammad
melainkan menjadi rahmat
semesta alam.

Berpegang teguh pada
keimanan yang kamu tanamkan
ibarat pokok yang tidak
berganjak dipukul ribut,
kerana itu satu-satunya
keselamatan didunia dan diakhirat.

Semoga Tuhan yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
mencucuri kasih dan sayang
kepada hamba-Nya yang
khusyu' dalam menyintai-Nya.

Friday, February 12, 2010

Sibuknya Kamu

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri.

Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah.

Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?

Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah. Ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat, zaman tabi'in dan zaman solafus soleh. Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya.

Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.Maknanya kita sangat sibuk.

Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih. Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.

Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,

"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Artikel asal diambil dari laman iluvislam.com.my

Friday, February 5, 2010

Ambil Risiko??

Assalamualaikum......

Huhu dah lama rasanya tak update blog...PRK..exam..program..projek???

Dalam kehidupan seharian ni hari-hari kene buat keputusan..ada minor decision and ada jugak big decision..

Huhu camne la nk wat big decision yang satu ni...nak ke tak nak..tapi yang penting akan diteruskan juga ape yang dah dirancang sekian lame ni...moga hati ni sentiasa ikhlas bekerja kerana-Nya...

Nak wat keputusan berkaitan perniagaan ni bukannya senang..memang sangat mengambil risiko..ye la, mana nak cari modal?kalu rugi camne?kalu tak de pembeli?camne nk berdepan dengan persaingan?

Persoalan-persoalan yang camni la sering melanda diri ini..kadang rasa tak yakin nak wat tapi hakikatnya hidup ni kene berani ambil risiko..namun setiap keputusan besar perlukan penelitian yang terperinci terlebih dahulu...kene think many steps futher and prepare for the unexpected...

Mengharap Allah sentiasa murahkan rezeki dan sentiasa bimbing daku dalam perjuangan cara ku ini..aku bukan lah pemidato yang hebat berkata-kata, bukan juga ustazah yang arif ilmu agamanya, bukan juga pemimpin yang berkaliber..aku cuma yang insan biasa yang lemah namun insyaAllah punya sekeping hati yang ingin berbakti pada agama-Mu..