Tuesday, November 17, 2009

sadery_prawn@mine

Ni resepi reka sendiri...cuba jgn x cuba..

Bahan
1. 5 ekor udang
2. 4 batang saderi
3. 1/5 buttercup
4. 3 ulas bawang putih
5. 3 biji bawang merah
6. 3 biji cili padi
7. 2 biji telur
8. 2 sudu besar sos tiram
9. Garam
10. 2 sudu kecil tepung jagung
11. 1 cawan air


Cara membuatnyer...

  1. Hiris batang saderi
  2. Tumbuk bawang dan cili padi
  3. Panaskan kuali dengan api yang serdahana dan masukkan buttercup.
  4. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga agak garing(jgn sampai hangus plak..agak2 la)
  5. Kemudian masukkan garam secukup rasa, sos tiram, secawan air dan 2 biji telur. Kacau rata dan biarkan telur hancur.
  6. Apabila telur agak2 dah masak masukkan udang dan saderi.
  7. Kacau hingga udang masak (jgn terlalu lama)
  8. Apabila agak2 udang dah masak masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam setengah cawan air. Tepung jagung ini akan bertindak sebagai pemekat. Masak lagi dalam 5 minit sehingga masakan menjadi pekat dan berkilat.

Tada..dh siap simple je kan...

Selamat mencuba..





Tuesday, November 10, 2009

7 Langkah Asas Pengurusan Kewangan

PENDAPATAN (Income)
Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?

SIMPANAN (Saving)
Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.

PERBELANJAAN (Expenses)
Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
Tetapi, yang sepatutnya ialah;PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.

PERLINDUNGAN (Protection)
Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.

PELABURAN (Investment)
Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.

PENYUCIAN (Purification)
Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.

PEMBAHAGIAN (Distribution)
Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.

Friday, November 6, 2009

Sifat Seorang Muslim

10 SIFAT SEORG MUSLIM BERDASARKAN PANDANGAN AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANA

1. Mempunyai aqidah seorang muslim
2. Memulakan sesuatu perkara dengan niat kerana Allah SWT
3. Memiliki akhlak islamiyyah yang kkuh
4. Mampu berdikari
5. Berwawasan yang luas dan mempunyai matlamat hidup yang betul
6. Mempunyai kekuatan fizikal
7. Memerangi hawa nafsu
8. Mempunyai peracangan hidup
9. Mempunyai jadual yang teratur
10. Sentiasa bermanfaat pada orang lain

Thursday, November 5, 2009

Syukur alhamdulillah...

Serononyer tgk blogku yang dah makin menarik ni. suke sgt colour baru ni..sikit-skit blajar..entah brape kali asyik dok edit je...ni la jadinyer bila kena penangan milo mocha..dh x leh tido dok meracau dlm blog..tp bgs gk blajar something pepagi ni...kejayaan tu selalunyer hasil dari cubaan-cubaan yang x pernah jemu dan kegagalan yang mengajar lagi mendidik..tak mengapa gagal dalam mencuba kerana sekurang-kurangnya kita dah berusaha daripada tak wat pape kan.."action speak more than word"

Wednesday, November 4, 2009

Hari-hari ku

alhamdulillah..hari ni rs agk produktif bab dpt siapkn sikit kerja2 yang tertangguh...walaupun hakikatnya yang dah dilaksanankan ni sedikat sahaja jika dibandingkan yang tak terbuat lagi..
harap the pleasure i gain bab dh siap sedikit kerja2 ni bg semangat untuk siapkan yang lain.. pengalaman pengembaraan ke HBUK @ Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan pengisian Team-pro semalam byk menyedarkan hakikat dan tujuan hidup ni yg mana diri ini kekadang terlupa dan alpa..huhu..ayuh aishah bangkit buat perubahan..