Mengapa Muslim Biarkan Hati Mati
Artikel asal oleh :Ustaz Zainudin Hashim
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia.
Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.Kenapa hati mati?
Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.Allah berfirman bermaksud:
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati matiMenurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Wednesday, January 13, 2010
Wednesday, December 23, 2009
Dari Kerana MATA
Alhamdulillah..
Ni masuk hari ke-3 posting opthalmology(mata)
Em..x semudah yg disangka..mata yg sekecik tu nk dilihat melalui kanta yg sgt kecik..
huhu 1st day mata ku berpinar-pinar nk appreciate optic disc..pastu 2 jam collapse rehatkan mata..
Tp bile revise balik anatomy n physiology mata buat ku sedar betapa kuasa Allah dalam menciptakan 2 biji mata ni..so amazing..

Saturday, December 5, 2009
SMART
Setiap orang ada minat dan hobi yang tersendiri..daripada yang biasa2 je sampaila ke yang pelik x dibuat orang kecuali dia sorang je..huhu..namun walau pape pn minat or hobi kita biarla ia berlandaskan syariat dan tidak menyusahkan orang lain..
Em me myself, eventhough a medical student but i not typically intrested on reading. Of course you have to do some reading to gain the knowledges but i'm not book worm la. I'm more on practicallity..i likes to explore thing..LETS TRY AND ERROR...
Besides medical, I do interest on business and make money where i have to try many time and learnt from past mistakes..i hope that i can go futher in this field despite being a doctor later..
I try to improve myself and planning to disperse my interest a step futher.
Of course I have apply S.M.A.R.T concept in my plan where it must be SPECIFIC, MEASURABLE, ACHIEVABLE, REALISTIC, & need TIME FRAME...
Ayuh genggam bara api sampai jadi arang..
NO PAIN NO GAIN

Thursday, December 3, 2009
Easy No Tension
Today would be my 3rd day in ENT(ear,nose & throat) posting or also known as ORL(otorhinolaryncology) posting..At first i thought that ENT posting was borred..but as i go through it..i might say that it is an interesting posting but i do admit that some time it tiring my limbic system to memorise the 2nd most complicated anatomy of our body after the brain..
However,the ENT posting realised me the important of our voice as well as smell and taste sensory.
Which one you would prefered to lose if given 2 options, one is leg amputation and second is losing vioce..for me i'm rather lives with one leg instead of losing voice to communicated..
Our throat is so important where we used it to swallow, facillitated in breathing and producing voices..so care on our voice and don't ABUSE IT!!
Besides that the anatomy and physiology of the ears was so magnificant..that such a small organ able to recognise thousands of sound..the way how such small structure able to conduct vibration and convert it to electrical impulse..this where physics knowledge mostly applied in biology of human body..
All this are such an interesting knowledge to learn on..but anatomy is the master key in ENT..without anatomy it mean nothing
Within 3 week of posting, all topics must be covered and exam will took about 15min only..huhu i quite worry that this might be not enough preparing myself to be a future doctor later..However my supervisor and all ENT doc are nice and approcable..hope they may guide along my path in this posting..

Tuesday, November 17, 2009
sadery_prawn@mine
Ni resepi reka sendiri...cuba jgn x cuba..
Bahan
1. 5 ekor udang
2. 4 batang saderi
3. 1/5 buttercup
4. 3 ulas bawang putih
5. 3 biji bawang merah
6. 3 biji cili padi
7. 2 biji telur
8. 2 sudu besar sos tiram
9. Garam
10. 2 sudu kecil tepung jagung
11. 1 cawan air
Cara membuatnyer...
Tada..dh siap simple je kan...
Selamat mencuba..
Bahan
1. 5 ekor udang
2. 4 batang saderi
3. 1/5 buttercup
4. 3 ulas bawang putih
5. 3 biji bawang merah
6. 3 biji cili padi
7. 2 biji telur
8. 2 sudu besar sos tiram
9. Garam
10. 2 sudu kecil tepung jagung
11. 1 cawan air
Cara membuatnyer...
- Hiris batang saderi
- Tumbuk bawang dan cili padi
- Panaskan kuali dengan api yang serdahana dan masukkan buttercup.
- Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga agak garing(jgn sampai hangus plak..agak2 la)
- Kemudian masukkan garam secukup rasa, sos tiram, secawan air dan 2 biji telur. Kacau rata dan biarkan telur hancur.
- Apabila telur agak2 dah masak masukkan udang dan saderi.
- Kacau hingga udang masak (jgn terlalu lama)
- Apabila agak2 udang dah masak masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam setengah cawan air. Tepung jagung ini akan bertindak sebagai pemekat. Masak lagi dalam 5 minit sehingga masakan menjadi pekat dan berkilat.
Tada..dh siap simple je kan...
Selamat mencuba..
Tuesday, November 10, 2009
7 Langkah Asas Pengurusan Kewangan
PENDAPATAN (Income)
Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
SIMPANAN (Saving)
Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
PERBELANJAAN (Expenses)
Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
Tetapi, yang sepatutnya ialah;PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
PERLINDUNGAN (Protection)
Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.
PELABURAN (Investment)
Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
PENYUCIAN (Purification)
Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
PEMBAHAGIAN (Distribution)
Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.

Friday, November 6, 2009
Sifat Seorang Muslim
10 SIFAT SEORG MUSLIM BERDASARKAN PANDANGAN AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANA
1. Mempunyai aqidah seorang muslim
2. Memulakan sesuatu perkara dengan niat kerana Allah SWT
3. Memiliki akhlak islamiyyah yang kkuh
4. Mampu berdikari
5. Berwawasan yang luas dan mempunyai matlamat hidup yang betul
6. Mempunyai kekuatan fizikal
7. Memerangi hawa nafsu
8. Mempunyai peracangan hidup
9. Mempunyai jadual yang teratur
10. Sentiasa bermanfaat pada orang lain

Subscribe to:
Posts (Atom)