Monday, May 10, 2010

Duhai Insan

Berikan sepenuh kasih sayang
kepada kedua ibubapa,
kerana mereka adalah pemegang
tali penghubung nyawa
ketika kamu meningkat dewasa,
kasih mereka terhadap
anak adalah kasih dari
titisan air mata dan keringat
yang tidak mungkin terbalas.

Kasihi keluargamu,
kerana mereka adalah
insan yang paling rapat
dalam hidupmu dan tidak mungkin
dapat dipisahkn dengan apa jua pun,
bagai dicincang air yang tidak akan putus.

Berbudi luhur dan
beramah mesra dengan
jiran tetangga, kerana mereka
adalah sebahagian dari
keluarga kamu.

Dari itu,
sayangkan dirimu,
cintai Allah dan kasihi
akan Rasul-Nya,
kerana tidak dijadikan
kekasih-Nya,Muhammad
melainkan menjadi rahmat
semesta alam.

Berpegang teguh pada
keimanan yang kamu tanamkan
ibarat pokok yang tidak
berganjak dipukul ribut,
kerana itu satu-satunya
keselamatan didunia dan diakhirat.

Semoga Tuhan yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
mencucuri kasih dan sayang
kepada hamba-Nya yang
khusyu' dalam menyintai-Nya.

No comments:

Post a Comment