Saturday, February 12, 2011

INSURAN VS TAKAFUL

Fatwa Pengharaman Insuran

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kategori : Ekonomi Tajuk : Insurans


Keputusan 1

Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus. Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970.

Keputusan 2

Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.


Oleh : Persidangan ke 16 Tarikh Keputusan : 15 Feb 1979 Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979.

Sumber : JAKIM


Fatwa Mufti Negeri Pulau Pinang
Kategori : Muamalat
Tajuk : Insurans Hayat
Isu : Pengharaman Insuran Konvensional
Keputusan :


Insurans hayat ini hanya harus apabila ada akad yang tertentu yang diluluskan oleh syarak iaitu atas konsep orang lain hendak membantu keluarga yang ditimpa kematian atau kemalangan. yang lain daripada itu adalah ditolak oleh syarak.


Penjelasan Sumber Lain Berkenaan Insuran Konvensional Haram

Penjelasan Dari Ustaz Zaharuddin b Abd Rahman dari Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Al-yarmok,Jordan

http://www.takafulonline.net/benarkah_insurans_haram_menurut_islam.pdf

atau laman web Ustaz Zaharuddin untuk info agama,info pengharaman insuran serta kewangan Islam


Kesimpulannya

Kita adalah manusia biasa yang lemah dari sudut agama, Mengikut Majoritinya adalah Ulama didunia ini mengharamkan Insuran Konvensional untuk info, keputusan insuran haram dibuat oleh Majlis Ulama Fiqh Sedunia dengan dihadiri oleh pakar-pakar ekonomi dan juga the best practitioners in Banking and Insurance. Hasil perbincangan dan pembentangan kertas kerja di antara kedua-dua pihaklah yang menghasilkal keputusan haram semua insuran konvensional.


Di peringkat malaysia, hal yang sama berlaku , yang mana Majlis FAtwa Kebangsaan dan JAKIm sudah pun memanggil pensyarah universiti berkaitan dan pengamal insuran utk menerangkan kpd mereka aplikasi
insuran di malaysia. Hasilnya adalah haram. Maka kita perlu ikut apa yang bijak pandai agama telah Fatwakan bukannya kita tentang atas alasan kerugian wang ringgit kerana wang ringgit kita tidak membawa kemana walaupun didunia jika kita sentiasa tidak diberkati oleh Allah kerana dosa-dosa kita, insyaallah sama-samalah kita membina kewangan Islam kerana jika kita menyokongnya insyaallah kewangan Islam akan bertambah baik dan mendatangkan kebaikan kepada kita semua.


source : http://www.freewebs.com/insurantakaful/fatwainsuran.htm

1 comment: